|
Assalamualaikum wrt wbt, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Summer Camp 2008 kembali lagi, dengan aktiviti dan pengisian yang lebih menarik, mencabar serta memupuk semangat dan ukhuwwah Islamiyyah. Untuk maklumat lanjut mengenai SUMMERCAMP MSM 2008. Klik banner Summercamp dibawah.
Wassalam. Team MSM
|
|
|
Selamat menjalani peperiksaan |
Salam
Musim peperiksaan semakin hampir tiba bahkan ada universiti yang telah pun mula exam. Tentunya bagi yang pertama kali exam di sini berasa gementar berdetup detap tidak pasti bagaimanakah suasana exam di negara orang. Bagi yang final year tentunya resah gelisah mengharapkan keputusan yg terbaik dari exam yang terakhir ini.
Apa pun jua, Majlis Syura Muslimun UK & Eire (MSM) mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Malaysia. Kuatkan semangat dan gandakan usaha. Jangan lupa berserah kepada tuhan selepas berusaha. Ingatlah pesanan ayah bonda dan juga harapan negara. Semoga anda mendapat keputusan yang dicita-cita.
Ikhlas dari,
Dr Hj Mohd Isa Hamzah Majlis Syura Muslimun UK & Eire |
|
|
Matinul Khuluq: Akhlak yang Unggul |
|
 Kisah Rasulullah dengan pengemis Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.” Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 4 of 7 |